Jumaat, 25 Februari 2011

ISABELLA

Assalam yo! Hope all is well out there..
Hari minggu lepas ayah mentuaku membawa buku-buku ilmu baru ke rumah. Tertarik dengan satu novel ni (Isabella) terus pinjam buku tu untuk baca kat rumah..ayah bagi je..Seronok baca buku tu. Kisahnya berkaitan seorang puteri anak kepada paderi Cordova yang termahsyur memeluk Islam. Ia sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan Islam dan Kristian oleh Maulana Mohammad Saeed terjemahan sasterwan negara Abdullah Hussain. Tengah cari cover buku tu tapi kat internet tak jumpa..(gmbr kt bawah ni versi lama) Banyak pengisian berguna dan perbandingan agama yang jelas telah dihuraikan oleh penulis.. Bab di bawah paling menarik minat bacaanku..  



Surat Isabella yang ditulis kepada bapanya berbunyi:Semua puji-pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya dengan kekuasaanNya yang mutlak dan Dia di samping menyusun sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan salawat serta salam kepada Junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan keselamatan abadi. Bapaku yang dihormati.
Ketahuilah bapa bahwa aku telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas daripada kemungkaran dan kebatilan, yang membimbing kita ke jalan keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Secara ringkas maka di bawah ini saya perturunkan perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam kepada bapaku :
1.  Dalam Islam, Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apa pun juga. Dia unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaanNya. Al-Quran menyebut Allah itu tunggal. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatu pun yang sama denganNya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh manusia. Kalau kita akan menyebut satu persatu semua kesempurnaanNya maka hendaklah kita mempelajari Kitab Suci Al-Quran.


2.  Sebaliknya, agama Kristian percaya bahwa Tuhan itu bukan satu tetapi tiga: bapa, anak dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya ‘Putera Tuhan’ dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan minum, tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada air, udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara seperti manusia maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan dan apakah ada perbedaan lagi antara Tuhan dan manusia? Kitab Suci Al-Quran dengan tegas mengatakan bahwa sesiapa yang mengatakan Kristus itu Tuhan atau Putera Tuhan maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi kafir. Orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai putera Tuhan telah memfitnah Tuhan. Al-Quran telah mengajar bahwa Kristus serupa Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain-lain nabi. Sebagai utusan dan nabi, mereka juga adalah manusia, makhluk dan bukan pencipta. Nah, cuba bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabah ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian mengusutkan dan tidak masuk akal.
3.  Menurut Islam, tiap-tiap manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan bebas dari dosa. Apabila dia beransur dewasa, pengaruh-pengaruh luar telah menyesatkannya. Allah telah memberikan akal kepada manusia supaya mematuhi hukum-hukumNya dan menjauhi benda-benda yang terlarang. Al-Quran mengatakan bahwa Adam tidak melakukan dosa. Semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa. Masalah dosa yang diwarisi adalah tipuhelah syaitan. Agama Kristian mengatakan tiap-tiap orang berdosa sejak dilahirkan sehingga dengan demikian, nabi-nabi juga melakukan dosa dan dosa Adam adalah penyebab manusia menjadi berdosa. Nyata sekali betapa kepercayaan ini tidak ada logiknya, tidak munasabah dan bertentangan dengan bukti-bukti intuisi yakni kerana Adam melakukan dosa, dosa yang sebenarnya tidak pernah dapat dibuktikan, semua manusia menderita seksaan. Jadi, dalam masalah ini juga Kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan ketetapannya logik, munasabah dan menurut sunah nabi-nabi.
4.  Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-guru ialah tentang betapa mulia dan tingginya moral itu, hal yang serupa tidak diketemui di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan bahwasanya manusia itu tidak memperoleh selain dari apa yang diusahakannya dan usahanya itu kelak pasti akan dilihatnya. Kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna terhadap usahanya* dan yang demikian itu adalah ajaran dari semua nabi. Tidak ada orang yang akan memikul beban orang lain tetapi tiap-tiap orang memikul tanggungjawab di atas perbuatannya. Maka dengan ajaran suci serupa inilah yang memberikan manusia ajaran-ajaran kemuliaan dan menggesanya berbuat kebajikan. Tetapi agama Kristian sebaliknya mengajarkan bahwa Jesus Kristus telah memikul beban dosa semua orang lalu disalibkan dan menjadi penebus semua orang yang berdosa. Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah dikenakan ke atas seorang manusia suci, satu-satunya ‘Putera Tuhan’. Ajaran ini di satu pihak membuat manusia tidak berguna dan memalukan sementara di pihak lain menjadikan seseorang hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan nilai dirinya jatuh di matanya sendiri selain daripada itu kepercayaan ini merupakan satu pelanggaran kepada kesucian Tuhan.
5.  Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan ke dunia, ia telah menerangkan semua kebenaran. Kebenaran yang telah lama dilupakan dan punca-punca kebenaran yang telah dicemarkan. Islam meletakkan semula kemuliaan semua nabi-nabi dan membantah semua tuduhan palsu yang ditimpakan kepada mereka. Ia mendedahkan penyisipan-penyisipan palsu yang telah dilakukan di dalam kitab-kitab wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan yang sebenarnya melalui pendedahan itu. Islam membantah tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap Nabi Isa yang telah dibuat oleh sebahagian musuh-musuhnya dan juga kawan-kawannya. Islamlah dengan usaha baiknya telah meletakkan Nabi Isa pada tempatnya yang sebenar dan telah membersihkannya daripada segala tohmahan orang-orang Yahudi dan juga orang-orang yang menamai diri mereka Kristian. Orang-orang Kristian pula telah menuduh semua nabi dengan tuduhan-tuduhan palsu, perzinaan dan pembunuhan dan mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk yang tidak sempurna sehingga kalau tidak kerana kedatangan Islam yang mendedahkan kebenaran maka tidak seorangpun yang mahu menganggapnya sebagai manusia bermoral juga. Ini merupakan satu obligasi Islam yang tidak akan dapat dibayar oleh Kristian. Orang-orang Kristian tidak saja memanipulasi kitab-kitab Injil, juga telah menyusun beratus-ratus Injil atas nama Kristus. Sekarang, Injil-Injil palsu dan gelap yang disusun telah diletakkan di hadapan kita yang sedikitpun tidak ada kena-mengena dengan Kristus. Dalam Kitab Suci Al-Quran terkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab yang diwahyukan. Olehsebab itu saya menjemput semua orang Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran ini yang menjunjung kehormatan agama Kristian dan yang memberikan kepada kita pengajaran dari semua nabi sepanjang zaman.
6.  Islam menyebut secara terperinci akan hak-hak kaum wanita dan memerintahkan pembebasan semua hamba-abdi, meniupkan semangat persamaan dan persaudaraan di kalangan umat manusia dan menetapkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan.
Tetapi dalam agama Kristian tidak ada secebis tanda pun tentang hak-hak wanita. Hanya kepada orang lelaki diberitahu bahwa mereka boleh menceraikan isterinya yang melakukan zinah tetapi tidak menyebut sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan oleh si isteri ke atas ketidak-setiaan suaminya. Tidak ada sepatah perkataan pun dalam agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi.
7.  Islam menyuburkan moral manusia dan menyediakan tatasusila yang tetap bagi kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu manusia boleh mengawal nafsu secara sederhana. Di dalam Al-Quran ada disebutkan ”Barangsiapa mengerjakan kejahatan maka tidak dibalasnya melainkan dengan seumpamanya dan barangsiapa beramal salih baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia seorang yang beriman maka orang-orang itu masuk ke dalam syurga; mereka diberi rezeki di dalamnya dengan tidak ada hingganya.*  
Tetapi dalam agama Kristian ditekankan kepada satu aspek saja iaitu melakukan kesalahan tidak boleh dihukum dan kalau dia menampar pipi kiri mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditampari. Betapa pengajaran serupa itu boleh diikuti manusia di dunia ini? Betapa keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan pengajaran serupa itu? Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan dan baiksangka dalam semua perkara maka mengapa Dia menciptakan nafsu amarah di dalam diri manusia dan kemudian membiarkan bahagian dari naluri itu menjadi kering?
Ini adalah beberapa perkara sebagai satu illustrasi tentang pengertian yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa juga, kalau ada satu jalan kebenaran yang mesti diikuti maka bapa mestilah menerima Islam seberapa cepat yang boleh dan menyatakan taubat segera di atas keragaman ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar-benar bertentangan dengan sifat-sifat Tuhan lalu menjadi penghalang kepada jalan manusia mencapai kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan menganugerahkan kepada bapa jalan istimewa untuk menerima iman. Saya juga mendoakan bapa ke jalan benar dan moga-moga Tuhan menyegerakannya. Amin!
Anak bapa,
Isabella
* Al-Quran S 5:39-41                        **Al-Quran  S 40:40  

Semoga dengan membaca novel ni, kekuatan dan keimanan kita terhadap Islam, Allah dan Rasul-Nya bertambah mantap dan terpelihara..InsyaAllah..

Artis kita dah macam artis Hollywood..Masyarakat~

Assalam yo! & hope all is well out there..
Hmmm..aku nk crita sikit la kan..semalam aku pegi Mid Valley cari hadiah birthday untuk husband.. walaupon aku tengah pregnant ni, gagahkan jugakla..huhu..selain tujuan nak cari birthday present untuk husband, aku sebenarnya teringin nak makan bubur cha cha & scones kt Sweet Chat cafe tu..hmmm..tp aku bungkus je sebab takut tak sempat cari present untuk husband tu.. Round punya round kt MV tu, tetiba terlintas lak kt satu event ini kat center point MV tu la..ada event Bobbi Brown dengan tema pretty apentah..aku pn berhenti la kejap sebab satu tak larat, satu lagi ternampak bebrapa kelibat artis galmor kita..antaranya..Dynas, Sazzy Falak, Schya & Awal Ashaari..yang lain tu  tak berapa perasan..

tapi gambar-gambar kat atas ni aku amik dari internet je la..semalam x capture pn gmbr dorang.. ape yang aku nak highlightkan ialah pemakaian artis-artis kat malaysia ni dah macam artis hollywood tu..aku ni bukanla sesapa nk bagi komen tapi itu yang aku nmpak..kalau ada apa-apa events ke, awards ke, semuanya (mostly) sexy habes..yang ala-ala berkemban pun ada (ni tgk kat TV recently gak)..hmmm..no comment, harap dorang boleh perbaiki diri& tak menyesal di kemudian hari..Aurat tetap aurat walau macammana moden pun kehidupan kita sebagai orang Islam..betul tak U ol?daaa..tu je, lastly, tak jumpa pun hadiah birthday husband aku tu..penat aku ukur satu MV tapi tak jumpa..huhu..sedih~

Pergerakan pertama babyku~sooo excited!

Assalam & hope all is well out there!
Semalam tengok cerita Just Breathe on Diva Universal sambil baring mengiring..Dalam melayankan crita tu, rasa tak selesa lak baring mengiring camtu..so, aku pun cuba la baring menelentang (walaupon org ckp jgn baring menelentang time usia kandungan dh lebih 4 bulan) tapi aku nak baring cmtu kejap je..sambil2 tu aku pegangla perut kan..sebab nak kurangkan ketidakselesaan tu.. Tiba-tiba rasa ada menda gerak dalam perut..ingatkan perasaan aku je..pastu try pegang lagi lama skit..tiba-tiba terasa sakit mcm baby bergerak aktif.. serius excited sgt semalam!!baby buat apa la dlm perut mama agaknye??x selesa kut..tu yang dia memberontak agaknya..hehehe..
Walau macammana pon, aku sangat excited, gembira, terharu dalam masa yang sama..Terus call husband kat JB bagitau first movement baby in her mummy's tummy..husband pn sama excited..wahhhh!!bahagianya! hehehe..bila duduk jauh camtula agaknya kan..anyway..that's a new experience for me and i was soooo excited&happy about it..Love you baby..Nanti jadi anak yang soleh/solehah ye..mama sentiasa doakan..amin:)

Aku yang Hangin!!

Assalam &hello yo! Hope all is well out there! Mcmmn nak ckp eh..rasanya time pregnant ni aku cpt sgt naik hangin. Tiba-tiba aku rasa org2 sekeliling yang berurusan dengan aku ni bangang tahap gaban.menyusahkan hidup aku..arggghhhhhhhhhhhhhh!!!




Kadang-kadang keja kita jadi tak bererti bila orang lain yang menyebabkan kelewatan dan kemasalahan terhadap prestasi kerja kita..macammana nk ckp eh..contohnya la seorang kerani kerja dia tulis surat je tapi disebabkan info yang diperolehi tu lambat dan salah daripada bos/rakan sekerja dia dan surat tu pulak sampai lambat kepada bahagian pengurusan dan bahagian pengurusan tu pulak terhegeh-hegeh nak proses menyebabkan tujuan surat tu jadi tergendala..haaaa...itula yg terjadi sebenarnya..kalu korang x faham xpela..hehehe..yang penting kalu ada orang-orang macam ni yang menyusahkan kerja kita, nasihat aku, sound direct je..

mood: sangat sakit hati dengan org yang pentingkan diri sndiri & x peka dengan kerja org lain..damn U!

My pregnancy progress..dah 4 bulan 2 minggu..oh yeah!


Only 21 more weeks to go!
My baby is already working on their first poop! As they drink and digest amniotic fluid, the solid bits will get as far as their "large" intestines and then wait till they're born to come out. The resulting tar-like substance (aka meconium) will be their historical 1st poop in a depressingly long line. Mama love you sooo much syg..Lahir nnt jadi anak yg soleh/solehah ye.. Mmmmuuuaaaaahhhhhhhh..

Hiking on Broga~

we started hiking @6.30 am.woohooo!!


My first entry would be my experience hiking on Broga Hill..best tapi amat penat ok..habis peluh2 melekat kt badan tp ber tiga baloi sebab kepuasan yang tak dpt digambarkan bila smpai puncak..tapi bila diingat2 & diimbas2 kembali pengalaman itu, aku merasakan yang aku ni sangat la tak fit & bersedia nk hike pon hr tu.. Maunya tak?kejap2 berenti..kejap2 berenti..penat dowhhh!!!


ni antara rumput 'hot' yang menjadi rebutan ramai utk bergambar..xtau what's the exact name of this rumput..xdela yg istimewa sgt psl rumput ni tp sebab dia nmpak menarik je bila kita snap gmbar in the middle of this rumput berbulu..Sheikh Musaffar&Dr harlina pnye pre-wedding photoshoot pn ada capture rumput berbulu ni..kelass kaww!


ape yg korang nmpak ni hampir2 puncak la..sign board Puncak Broga tu melebihi had yang paling atas tu.. tinggi jugak weh aku naik..kelass kaww..memang ber tiga baloi la naik atas tu..but here's some advice..janganla naik time hujan wehh!!bahaya..selain tanah licin, banyak gak serangga yang tak diundang yang boleh menyengat korang eg. lipan, semut merah&kala jengking..huhuhu..takut x?tp yg bestnya dpt la korang merasa mandi dlm hujan&sliding lumpur..dan kabus yang sexy!!woohooo..kelas kan?.. nasihat aku (cewah..padahal br skali naik kan..) pegi la time bukan musim hujan..blh tgk sunrise (this is what I missed sbb pegi musim hujan).. That's all yo!! happy reading..Pegi la Broga Hill kt semenyih tu ok (promote..) Assalam..

Me?Start Blogging?why 22022011?whatever...

 

I really want to start blogging since last year but I need some idea to jot down in my blog..so, I godek2 dulu menda2 yg boleh dimasukkan sbg entry..Adoii..wondering, who will read my blog then?hmmm..never mind dear..Happy reading (if there's anybody..) to U all & myself:). Let's start it out today. 22022011 is not really a significant date..just terpikir nk jd blogger lak sbb boleh dijadikan tempat luahan perasaan&creating some outhebox ideas of anything..tapi mostly not really outhebox pon..crita2 kehidupan biasa je yang mungkin boleh dikongsi bersama..GANBATE! NOKOTTA! adehhh..sorry kalu bahasa sy mcm rojak buah belacan..I like it that way so we will enjoy ourselves reading&sharing idea..daaa dl..will post my first entry later..this is only an opening la kononnya..hahaha!adios!