Khamis, 19 Mac 2015

Team Building @ 8 Acres, Raub Pahang Part 1

Entry ni adalah request dari officemate sebab katanye kenapa tak buat entry teambuilding masa keja kat company sekarang tapi teambuilding masa kat company dulu ada buat entry? gittewww..gigit jugak opismate ai ni tau..manje sangat..meh la kita buat entry khas untuk teambuilding kita tu..
Dah lama sebenarnya teambuilding ni tau..It happened because most of us in the department relatively new..That's why my boss intended to have this teambuilding session..Tarikhnya adalah pada 12 hingga 14 Disember 2014..baru sekarang nak cerita kennn..basi sangat tau..hahahaha!!
Anyway, permulaan cerita kita semua berkumpul kat ofis dulu. Jam 8.30 macam tu bertolak dari ofis ke Raub menaiki bas (alangkah skemanya cerita ku ini)..Bosan kan, jumlah tengok gambo..


Team ada 21 orang..tapi yang naik bas ni ada dalam 15 orang camtu..ini bas kita conquer yo!
Izzat adalah pemandu pelancong kami hari tu 


Dah sampai Raub tu tak boleh masuk 8 Acres terus ye kawan2..bas tak hingin meredah kelapa sawit utk smpai 8 acres..ni tgh tunggu D'Jungle People fetch up kitorang

Nak dijadikan cerita, bila dah sampai Raub tu, ingatkan bas hantar depan pintu Eight Acres resort,  rupanya tak ye..sebab 8 Acres tu jauh dalam hutan..kena redah ladang kelapa sawit sejauh 8km camtu..So, bas turunkan kat stesen minyak BHP ni..Kebetulan ada peraih2 durian tengah kumpul hasil durian kat situ..ape lagi, kenduri durianlah kitorang sesambil tunggu truck D'Jungle People datang amik kitorang bawa masuk ke 8 Acres.


Sebelum


Selepas..hahaha!
Ni lah truck yang kitorang naik masuk 8 Acres..mencabar oii..nak lagi baru lepas makan durian..hmmm
kononnya happy duk dalam truck..dalam hati cepatlah sampai resort
Tadaaa!!!! Welcome to Eight Acres
Akhirnya sampai jugak ke 8 Acres resort ni..dia macam eco-resort, sangat tenang sebab dalam hutan ye..bunyi2 kenderaan semua memang takkan kedengaran di sini, pemandangan yang menghijau, bunyi itik sayup-sayup kedengaran ditambah dengan deruan air terjun yang mendamaikan..Nampak tak bahasa aku yang membunga ni? Pendek kata macam duduk kat kampung lah ye..Damai..

First aktiviti kitorang tengahari tu adalah ice breaking (berkenal-kenalan dgn semua orang- padahal lebih dari kenal dah..sebab kitorang sangat rapat antara satu sama lain..dh macam family..) kita layankan je facilitator tu..

Lepas lunch ada activity best..kitorang main tembak-tembak macam paintball tu..bezanya tak tembak orang..tapi tembak pinggan..hahaha!!kat pinggan tu ada nama orang lain yang perlu diselamatkan supaya ada bilik untuk dorang tido malam tu..sapa-sape partner dia yang tak berjaya tembak tepat pinggan besi yang digantung tu, tido lah korang dalam Rumah Nomad..rasakan!


yang duk bergaya sangat menembak tu boss aku..tapi tak mengena pon..nasib lah sape partner dia tu..haha!
Ni sharp shooter ni
Ni partner aku..tak kena pon! adoilahhh
Ok la, dah habis main tembak-tembak, kita lunch, buat free activity sebab petang nanti ada sambungan aktiviti lain memandangkan masih ada ahli yang tak berjaya dapat bilik masa main tembak-tembak tadi..Jumlah santai-santai jap tengok 8 Acres punya surrounding ye..









Petang tu sambung aktiviti dapatkan bilik untuk yang belum berjaya..hahaha!! (jahat tak gelakkan orang?sebab aku dh diselamatkan tengahari tadi..Petang tu kitorang dibahagikan kepada dua group..tugasannya untuk bina jambatan merentasi sungai. sesiapa yang berjaya bina jampatan kena rentas pulak jambatan tu untuk kutip pinggan yang ada nama kawan2 yang tak berjaya dapat bilik tadi..mencabar lah jugak aktiviti ni sebab kena fikir cammana nak bina structure dia, kuat ke idok nak lalu atas jambatan tu..pastu diberi masa yang singkat pulak untuk bina jambatan tu..fuhh!!!







Gigih tak weols?
  
Ok lah U ols..kita sambung di next entry..banyak lagi gambar nak share ni..Banyak cerita kelakar & sweet memory gitteww yang aku nak share lagi in next entry..

Till then..daaaaaa!!wassalam!




1 ulasan:

  1. Team building is an important process for the continuous growth of the organization. That's why the corporate office organizes employee engagement events for their employees. In these days, when many employees are working remotely, organizes employee engagement events for team building is quite difficult. Here we creative ideas for virtual team building exercises, that help remote employees to stronger their bonds with other employees.

    BalasPadam