Selasa, 10 Januari 2012

Fikir-Outhebox- 10 Cara Berfikir Di Luar Kotak

Hi ols & hope all is well out there!

Aku ni kan..nak sangat mengajak org utk berfikir di luar kotak- thinking outhebox~ tp mcmmn cara nya? tettt.. Macammn kita nk develop keupayaan mnyelsaikan mslh secara extraordinary berbanding cara yang biasa-biasa org buat?Tettt lg..

OK, di sini aku boleh senaraikan 10 cara to beef out-of-the-box thinking skills. Kerah la sikit otak kt beyond its limit beb..every now&then..lepas tu..tadaaa!!U have talent & mana la tau..boleh berlagak dgn geng2 seangkatan "saya boleh selesaikan masalah awak" cewah...Ok, moh le ai bgtau cara2nya..

1. Belajar Bidang Lain.

Ok, sy (ewah2..kejap2 aku, ai, sy..suka lah kan..ni kan blog ai :p)  faham awak dah ada degree atau diploma dalam bidang awak skrg ni..marketing, engineering, medic, admin..tapi apa salahnya korang pegi belajar bidang lain. Bukannya aku suh korang pegi amik degree/diploma/master dlm bidang lain sekali lg. (tapi kalu korang rajin&nak, boleh jugak...ngehehe). Agak2 rajin tu, pegila library atau kedai buku (MPH boleh, Popular boleh & etc..) baca & belajar bidang lain. Sape amik engineering tu, pegila bc buku2 admin ke, komunikasi ke..and vise versa..Kita mungkin akan dapat mengetahui bahawasanya (ewahh) org lain dlm industri yg berbeza menghadapi masalah yg sama dengan bidang yg kita ceburi tetapi mereka mempunyai pendekatan dan penyelesaian masalah yg berbeza dgn bidang kita..so, dari sana kita boleh dpt kaedah baru & berguna yang kita boleh "link" kan kerja-kerja kita..jadi, tak rugi lah belajar keja/bidang org lain utk dijadikan sbg inovative partnership in the future..ye dak? try it out..


 Ok, mari belajar bercucuk tanam =)

2. Pelajari Agama Lain.

Part ni agak skema sket ye..Agama adalah cara manusia mengatur dan memahami hubungan mereka bukan sahaja dengan alam ghaib tetapi juga berkenaan ketuhanan masing-masing. Pembelajaran tentang bagaimana hubungan itu adalah berstruktur boleh mengajar banyak tentang bagaimana orang ramai berkait antara satu sama lain dan dunia di sekeliling mereka. Melihat sebab dalam agama lain juga boleh membantu anda membangunkan fleksibiliti mental -bila kita betol2 melihat semua cara-cara berbeza orang memahami misteri2 yang sama, dan fakta bahawa mereka secara amnya untuk terus hidup tanpa mengira apa yang mereka percaya, anda mula melihat batasan apa2 dogma atau doktrin yang anda ikuti, wahyu yang akan memindahkan sedikit ke bahagian non-keagamaan dalam kehidupan anda. Ada faham? Aku ingat lg dulu senior aku pegang kitab Bible & dia sgt dihormati. Ni lah slh satu sbb dia..Tahu ilmu agama org lain will give credit to you..


3. Pegi Kelas.

Pegi la kelas2 malam ke kelas tmbahan ke..belajar topik baru bukan je akan mengajar kt satu set ttg fakta atau nombor je, tapi juga cara baru untuk melihat dan memberi makna aspek kehidupan harian kita atau masyarakat atau dunia yg fana ini..ewahhh. tetapi ia juga membantu mengembangkan kedua-duanya iaitu bagaimana kita melihat masalah dan penyelesaian masalah yang mungkin korang boleh selesaikan. faham x ni? Ringkasnya, banyakkan tambah ilmu pengetahuan..pendek kata lg..sila pergi blajar bahasa korea ke mandarin ke malam2 pas keja especially yg bujang lg tue..

Ok, this is cool quote: anyone who stops learning is old, at twenty or eighty, anyone who keeps learning stays young- Henry Ford


4. Baca Novel Genre Lain.

Membaca adalah salah satu cara kita nk stimulate kan otak kita..So, kalu korang dh biasa baca novel cintan manjang tu (balik2 Ongbak Rindu korang kan..) sila la baca plak genre seram Ramli Awang Mursyid ke kan.. Sherlock Holmes ke kan..majalah TIMES or Readers Digest pon berpekdah jugak..yg lain dari material2 kebiasaan kita..kalu yg kipas susah nk mati baca crita2 / buku komik lak, korang try la bc majalah fesyen ke, cara2 nk buat kapal terbang ke..haaa..then it will give us another perspective or different idea/knowledge. Manala tau, apa yg kita baca tu berguna utk bagi kta generate idea2 yg outhebox kan..


sape yg suka sgt bc psl perang2 lak- coba bc Ongbak Rindu lak~heeee

5. Tulis Sajak/Puisi.

Jangan tak tau..Menulis puisi boleh stimulate kan otak kreatif kita sblh kanan seterusnya boleh membantu otak kiri (logik) menyelesaikan masalah dengan lebih baik..Ada faham? Masa zaman2 skolah dl, teringat diri sendirik yg suka sangat dgn sajak2 & puisi..smpai peringkat negeri jugaklah ikut pertandingan deklamasi sajak ni (ehem..ehemm)..tp ni bukan berkaitan dgn deklamasi sajak bagai ye..ni penulisan..tulis puisi ni tak semestinya memerlukan kita jadi sasterwan negara mcm A.Samad Said ke..idok le gitu..tp try la tulis puisi ttg nk lepaskan geram ke, masalah2 peribadi ke..dgn cara tu kan kt lebih relaks & furthermore..kita je tau apa yg kita merapu kt kertas tu kan?..(lain le kalu korang bg org lain baca)

 Ewah..layang2 pon ko boleh jadikan puisi jiwang..respect!

6. Lukis Gambar.

Melukis apa sahaja bentuk gambar (bulat ke, patsegi ke, org lidi ke..) boleh stimulate kan otak kanan (kreatif) & membantu otak kiri (logik) selesaikan masalah. Ni lebih kurang sama la dgn tulis puisi kt atas.. Hebat kan..? try on.. pagi2 sblm start keja pegi lukis gmbar spongebob ke..patrick ke..takpon Datin Maimun bermisai (Afdlin in MLM 2011-sape2 yg tonton dia paham) kehkehkeh..(terbayang..sengal Afdlin). Also, visualizing a problem engages other modes of thinking that we don’t normally use, bringing you another creative boost. Visualize kan bos marah kalu x siap keja, siap buang2 kertas kt muka kita..danggg!!! terus dpt idea siapkan keja cpt2..kan?

7. Terbalikkan Benda.

OK, bila duk kt ofis sorang time rehat tu, cuba tunggang terbalikkan sesuatu benda (pensil ke, mug ke, gambar ke).. Other ways mcm selak2 kertas, click mouse pakai tangan kiri, juga boleh stimulate kan otak sebelah kanan (kreatif).. Nampak x? even perkara kecil pn boleh menyumbang kpd creativity kt.. Otak manusia mempunyai corak-tabiat yang sering mengaburkan corak lain, lebih halus di tempat kerja; mengubah orientasi perkara boleh menyembunyikan corak yang lebih jelas dan membuat corak lain muncul (ok, ni aku google bulat2..x faham?hahaha) Maksudnya lebih kurang camnilah..aku bagi contoh la senang, kita ada masalah, kita cuba bayangkan bagaimana cara kita nk setelkan mslh tu dgn pelbagai kaedah&solution & finally we'll get a positive outcome..try it out!!

Nak lg kreatif, kt tunggang terbalikkan dr sndri..ko mampu?

8. Bekerja Secara Terbalik.

Cuba buat sesuatu kerja secara terbalik. contohnya macam ni..Kita dah plan keja dari A-Z tapi cuba buat kerja on plan tadi bermula dengan Z ke A. Working backwards breaks the brain’s normal conception of causality. This is the key to backwards planning, for example, where you start with a goal and think back through the steps needed to reach it until you get to where you are right now. tapi yg ni rarely practise kot..Sebab kita dah biasa buat keja dari A smpai Z..jarang sgt org buat terbalik..agak susah tp blh try..
 

9. Mintak Nasihat dari Kanak-kanak.

Idea ni pon agak rare..Tak penah try lagi mintak pendapat anak buah 5 tahun setelkan masalah cmmn nk wat proposal kt opis..ok, the idea is, budak2 kan cakap main lepas je. Cakap tanpa rasa bersalah (ignorance)..Kadang2 kita tak expect pun apa yang kluar dr mulut comel dorang tu & yes, sometimes, it make sense though..Hmmm..kena try ni & tengok apa dorang cakap/advice kita..interesting~

10. Mandi.

Menurut kajian, ada kaitan yang pelik secara fizik antara aktiviti mandi & creativity..sape tahu kan? agak misteri jugak..mungkin sbb kita relaks je bila air mengalir..nak2 lg air suam2 kuku time hujan lak tu kan..terus idea kreatif menerjah di minda (ewahh) cuba la mandi lama sket kalu stress sgt keja byk kt opis kan..mana la tau..time mandi tu dpt ilham (tadaa) cmmn nk setelkan prob kt tmpat keja kta..


            Heee..mandi smbil menyanyi lagi banyak idea dpt kot..pastu kena jerit dgn jiran sblh..padan muka~

Ok guys, 10 cara di atas dikreditkan kepada Dustin M. Wax. Beliau merupakan Project Manager kt Lifehack.org & freelance writer & instructor Universiti kat Las Vegas. Cool haaa..find him at dustinwax.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan