Isnin, 13 April 2015

Tempahan Gubahan Hantaran dan Bunga (Part 2)

Assalam sahabats & hope all is well outhere!

Seperti yang dijanjikan, ku ingin berkongsi gubahan hantaran untuk majlis perkahwinanku yang ku gubah sendiri (petang-petang mengarang blog, ayat adalah sedikit skema ye..)

Untuk pihak lelaki kepada pihak perempuan temanya gold.
Untuk pihak perempuan kepada pihak lelaki temanya hijau kuning gitteww.

Ai takde pengalaman uols menggubah hantaran kawen semua ni tetapi hasil berguru dengan makcikku yang vogue vegass alkisahnya dulu pernah keja butik pengantin, maka daku telah berjaya menggubah sendiri semua hantaran (yeah..you hear me right..untuk kedua-dua belah pihak ai lah yang gubah)

Memula dengar tu ai terksima & nangis di bucu katil sebab kena siapkan untuk pihak lelaki skali. Alkisahnya sebab masa dah suntuk sangat..Maka gigihlah ai menyiapkan segalanya yeee... (tak payah drama sangat, dh lama berlalu ye..tahun 2010 yang lalu, anak dh 2 dah pon, eh?takde kaitan..abaikan)

Moh le kita lihat gambar-gambar hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki dahulu ye..



salah eja..maafkanlah mak jemah..






 
Maafkan lah tuan belog ye kerana gambar tak berapa nak clear. Sebabnya amik dari FB. So, dh resize. Gambar original dalam camera lagi. Malas nak extract dari sana sebab malas nak charge battery & banyak sangat gambar dalam tu..Malas nak carik.. Penyakit M tengah bermaharajalela..so, uols tatap je lah gambar yang daku tepek dalam ni yerr..

Untuk hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan pula..



ni HP Samsung Omnia 2. Kalu kawen zaman 2015 ni confirm dpt HP Samsung Note 4 ke..iPone 6 ke..eh? inspector gadjet sangat..





Begitulah sedikit sebanyak info berkenaan gubahan hantaran untuk majlis perkahwinanku pada tahun 2010. Saya masih menerima tempahan untuk gubahan hantaran majlis istimewa anda.

Sila emelkan kepada damiasofiyah@gmail.com ( sila maklumkan bajet, tema, warna, bilangan dulang dan sebagainya ) atau wassap sahaja ke 012-7134655 untuk pertanyaan lebih lanjut..

Terima kasih:)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Cik Jemah.

    Ai konpius ... kenapa nak nangis mesti kat bucu katil bila kena buat 2 belah punya hantaran ?. aduyaii..

    BalasPadam
  2. itu drama semata-mata mak jemah..hahaha

    BalasPadam